Sampai masa Islam akan naik

- Advertisement -

ALLAH akan membela Islam. Sampai masa Islam akan naik. Dalam sejarah, Islam berkembang dan seluruh Semenanjung Tanah Arab jatuh. Kemudian, Islam berjaya menguasai dunia pada zaman Turki Uthmaniyah. Kerajaan Islam meluas sehingga ke Sepanyol dan Afrika.

Masyarakat di Swahili menggunakan Bahasa Arab. Swahili asalnya daripada perkataan Arab iaitu Sawaahil. Sawaahil ialah kawasan di tepi pantai. Meraka pandai mencipta bahasa. Mereka menggunakan Bahasa Arab dan mencampurkannya dengan Bahasa Afrika. Terhasillah bahasa sendiri.

- Advertisement -

Macam kita orang Melayu, ada tulisan Jawi. Tulisan Jawi muncul disebabkan oleh Islam. Orang Melayu mengubahsuai abjad-abjad Arab dan mencampurkannya dengan Urdu. Menambah huruf ‘nya’ dan ‘cha’ contohnya.

Bahasa Urdu terhasil kerana orang Hindustan yang menerima Islam mengubahsuai Bahasa Arab. Menambah huruf ‘cha’, ‘nya’, ‘nga’ dan ‘ga’ contohnya pada abjad-abjad Arab. Kalau kita perhati, tulisan Urdu seakan-akan sama seperti tulisan Jawi.

Ini semua datang daripada Islam. Nak kata, hebatnya Islam yang membawa kemajuan dan tamadun. Tetapi, semua ini semakin lama semakin hilang sehingga tidak tahu asal usulnya dari mana.

Kalau kita betul-betul berpegang dengan agama, Insya-Allah Islam akan naik semula. Semakin ditekan, Islam semakin naik. Contohnya di England, datuk bandar, wakil rakyat, ahli parlimen di sana mula dikuasai oleh orang Islam.

Orang Islam semakin ramai di Barat. Jadi, tidak mustahil kalau orang Islam yang menjadi Perdana Menteri British. Sebab sistemnya demokrasi dan orang Islam pun semakin ramai.

Orang Islam suka beranak ramai, orang putih tidak. Sekarang negara China mula bimbang. Sebab jumlah kelahiran yang terlalu sikit. Kerajaannya dahulu telah meletakkan syarat, tidak boleh beranak kecuali seorang sahaja, tetapi sekarang diberi kelonggaran.

Singapura pun begitu, nak beranak dua orang boleh tetapi dengan kebenaran. Jadi, jumlah orang Islam akan semakin bertambah dalam dunia, belum termasuk lagi orang bukan Islam yang masuk agama Islam.

Nak kata, pertolongan Allah akan datang cuma kita perlu ‘duduk berpegang’ dengan Islam. Malulah dengan orang Palestin. Ada yang nak membawa keluar dan menyelamatkan budak-budak di sana, namun mereka enggan keluar sebab kata mereka, “Kami tidak mahu keluar. Kalau keluar sekalipun, kami tetap akan mati. Daripada mati di tempat orang, lebih baik mati di kampung.” Begitu cara budak-budak di Palestin berfikir. Inilah yang ditanam dalam jiwa mereka.

Tengoklah Ismail Haniyeh, anak, menantu dan cucunya pun telah pergi meninggalkan kita. Berapa orang dalam keluarganya telah mati, akhirnya beliau sendiri syahid sebab dibunuh oleh musuh. Maknanya, rela mengorbankan anak, menantu dan cucu demi agama.

Beliau tetap tidak berganjak kerana telah ditanam dalam jiwa untuk mempertahankan tanah air. Dalam sejarah pun begitu, semakin ramai syahid, semakin cepat Islam berkembang. – HARAKAHDAILY 23/8/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.