Bomba sahkan kejadian tanah jerlus di Masjid India

Keadaan di lokasi kejadian tanah jerus di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur pada hari ini, 23 Ogos 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur mengesahkan satu kejadian tanah jerlus berlaku di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 8.22 pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang melakukan operasi di lokasi kejadian.

- Advertisement -

Dalam kejadian tanah jerlus tersebut, seorang wanita warganegara India dikhuatiri terjatuh kira-kira 10 meter lalu tertimbus dalam tanah mendap di lokasi tersebut.

“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar lagi setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya.

– HARAKAHDAILY 23/8/2024

BERITA LANJUT MENYUSUL