KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam kesalahan jenayah pecah rumah di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, hari ini.
Polis Klang Selatan dalam kenyataannya berkata, pasukan anggota Task Force dari Balai Polis Klang yang diketuai Ketua Polis Balai (KPB) Inspektor Faizal Rashidi Md Dom yang telah berjaya memberkas seorang suspek tersebut.
“Suspek telah ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Tahniah Balai Polis Klang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya boleh kongsi dan menyalurkan maklumat kepada ‘Facebook Messenger’ Polis Klang Selatan.
“Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/8/2024