ROMPIN: Setelah berjaya dalam dua siri projek sebelumnya, Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) PAS Pusat meneruskan lagi pembinaan Rumah Budi bagi siri 3.0.
Pembinaan Rumah Budi yang membawa sinar baru kepada penerima kali ini bertumpu di Felda Keratong 1, Muadzam Shah.
Lawatan ke tapak pembinaan Rumah Budi 3.0 dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) PAS Pusat, Dr. Rosni Adam, pihak LKKS Negeri Pahang dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ibam, semalam.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Rompin, Dato’ Abdul Khalib Abdullah dan ADUN Ibam, Ustaz Nazri Ahmad.
Mengiringi sama rombongan tersebut ialah anggota LKKS Kawasan Rompin dan PAS Cawangan Keratong 1.
Ustaz Nazri melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada LKKSP di atas kesudian memilih Keratong 1 sebagai lokasi Rumah Budi 3.0.
Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para penyumbang yang sudi membantu dana pembinaan projek itu.
Katanya, kehadiran rombongan diambil manfaat dengan diselit aktiviti ziarah ke beberapa buah keluarga termasuk melawat mangsa ribut di sekitar Felda Keratong, baru-baru ini.

Bagi penerima Rumah Budi 3.0, Puan Normah Kasim, 53, sangat gembira dan bersyukur atas insiatif dan keprihatinan pihak terlibat.
Beliau berharap agar proses pembinaan yang masih berbaki berjalan lancar. – HARAKAHDAILY 22/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!