NAHRIM, MYSA miliki kemampuan setanding negara-negara maju

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menghadiri dua sesi kunjungan ke Agensi Kerajaan iaitu Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
- Advertisement -

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mempunyai kemampuan setanding dengan negara-negara maju.”

Ahli Parlimen Kubang Kerian Dato’ Sri Tuan Ibharim Tuan Man berkata demikian selepas dijemput hadir dalam dua sesi kunjungan ke agensi kerajaa, MYSA dan NAHRIM semalam.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan kunjungan bermakna ini.

“Tidak dinafikan NAHRIM dan MYSA mempunyai kemampuan dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi yang mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju suatu masa nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga bersama delegasi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Alam Sekitar, Sains dan Perladangan bagi menjayakan dua sesi kunjungan tersebut.

Menurutnya, kedua-dua agensi ini memainkan tanggungjawab yang penting dalam menuju penyelidikan dan pembangunan teknologi yang setanding negara maju yang lain.

“NAHRIM berperanan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memastikan pengurusan sumber air negara kita berada pada tahap yang terbaik.

“Sementara, MYSA pula berperanan dalam memastikan pembangunan dan pengurusan sektor angkasa negara yang lebih strategik, teratur dan komprehensif,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada NAHRIM dan MYSA yang sentiasa berusaha sehabis baik dalam pelbagai inisiatif penyelidikan, pembangunan teknologi dan pemuliharaan yang dilaksanakan dalam menyumbang kepada pembangunan yang mampan dan lestari. – HARAKAHDAILY 21/8/2024