‘Syabas Negara terbalik: Negara ini ganjil’

Mahathir Mohamad
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dalam kandungan terkini dimuat naik di media sosialnya dilihat menyuarakan pandangan isu semasa secara sinikal.

Membawa tajuk, Negara Ganjil, beliau mengemukakan kisah terdapatnya sebuah negara yang ganjil.

- Advertisement -

“Negara ini ganjil kerana amalannya terbalik. Dianya terbalik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar.

“Yang kanan dikatakan kiri. Yang kiri jadi kanan. 

“Undang-undang juga demikian. Pelaksanaan undang-undang istimewa kerana yang salah dibebaskan dan yang bersih didakwa, disiasat untuk dihukum,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, maka bergelutlah rakyat melaku kesalahan untuk menyelamat diri mereka.

“Mereka mencuri, menerima sogokan dan menipu. Jumlah mereka begitu ramai dan tidak ada penjara untuk kurung mereka.

“Tetapi tidak mengapa. Kerana yang salah tidak perlu dipenjara. Yang bersih sahaja yang akan dimasuk ke dalam penjara. Mereka tidak ramai.

“Maka bergelutlah Jabatan siasatan menyiasat orang yang tidak salah. Masa dan dana dihabiskan,” kata Tun M, cukup sinis.

Menurut beliau, istimewa sungguhlah Negara bertuah tersebut dan pemimpinnya pun terpuji dan dipuji setiap hari dalam akhbar dan semua media termasuk media sosial.

“Syabas Negara terbalik,” sindir beliau. – HARAKAHDAILY 20/8/2024