Tunku Ismail titah tingkatkan persenjataan, peralatan Rejimen Gerak Khas

Tunku Mahkota Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah mengingatkan seluruh pucuk kepemimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat perlu meningkatkan persenjataan dan peralatan terkini bagi Rejimen Gerak Khas.

Baginda bertitah, perkara itu amat mustahak kerana apabila sesuatu ancaman oleh musuh dengan teknologi baharu, maka secara langsung ia akan menimbulkan cabaran terhadap keamanan dan keselamatan negara.
Titah baginda, sentiasa membuat kajian berkenaan teknologi dan senjata baharu di dunia.

- Advertisement -

“Jangan lupa apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan, kita sepatutnya sentiasa bersiap sedia dan pasukan Gerak Khas adalah ‘hujung lembing’ (tip of the spear) yang akan ‘beroperasi di belakang barisan musuh’ (operate behind the enemy lines),” titah baginda.

Tunku Mahkota berangkat sebagai wakil rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas (GGK) demikian pada titah ucapan sempena sambutan Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-59 di Kem Iskandar, Mersing, Johor, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota bertitah, perkara ini perlu menjadi keutamaan sepenuhnya kepada kerajaan demi memastikan keselamatan dan kedaulatan terus terjamin, manakala pasukan Gerak Khas perlu sentiasa memelihara disiplin tinggi dan berpegang teguh kepada sumpah perajurit komando.

“Semua lapisan kepemimpinan Rejimen Gerak Khas perlu memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin setiap anggota di bawah pimpinan masing-masing.

“Sikap taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas serta pasukan perlu kukuh serta kekal selama-lamanya,” titah baginda. – HARAKAHDAILY 19/8/2024

- Advertisement -