Pemeriksaan kenderaan, lesen memandu pegawai polis

Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Daerah Hulu Selangor telah membuat pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan lesen memandu ke atas Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) Daerah Hulu Selangor. (FOTO: FB/Polis Daerah Hulu Selangor)
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Daerah Hulu Selangor telah membuat pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan lesen memandu ke atas Pegawai Kanan Polis (PKP) dan Pegawai Rendah Polis (PRP) Daerah Hulu Selangor.

- Advertisement -

Polis Daerah Hulu Selangor dalam kenyataannya berkata, pemeriksaan itu bagi memastikan seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor membuat pengisytiharan harta dan mempunyai lesen memandu yang sah dan diperbaharui.

“Selain itu, perkara ini bagi memastikan warga kerja IPD Hulu Selangor mematuhi etika waktu bekerja. Sepanjang pemeriksaan dibuat, kesemua kenderaan didapati telah diisytihar.

“Selain itu, kesemua pemilik atau pemandu kenderaan mempunyai lesen yang sah dan diperbaharui. Pemeriksaan berjalan dengan baik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Justeru, katanya, pemeriksaan kenderaan dan lesen memandu akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan semua warga IPD Hulu Selangor mengisytiharkan kenderaan dan mempunyai lesen memandu yang sah dan diperbaharui. – HARAKAHDAILY 19/8/2024