Gempa bumi 5.3 magnitud landa Samar, Filipina 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter telah berlaku di Samar, Filipina pada jam 11.39 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 13.0° Utara dan 124.8° Timur dengan kedalaman 102 kilometer (km).

- Advertisement -

“Ia membabitkan jarak 91km timur dari Sorsogon City, Filipina. Oleh itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Justeru, katanya, ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan. 

Dalam kenyataan yang berasingan di laman sesawang berikut, MetMalaysia berkata, bagi Seksyen A iaitu perairan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah. 

Sementara itu, bagi Seksyen B iaitu perkapalan, amaran yang sama seperti di Seksyen A di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Tioman, utara Bunguran, selatan Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi sehingga 1 tengah hari.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,”  katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2024

- Advertisement -