Amaran angin kencang, hujan lebat di beberapa negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan 14 negeri sehingga 6 petang ini.

- Advertisement -

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan terlibat iaitu Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau); Perlis; Kedah; Pulau Pinang; Perak; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan Melaka.

“Seterusnya, kawasan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).

“Sementara itu, kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan); dan Sarawak di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Selain itu, Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Sandakan),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2024