KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor melahirkan kesyukuran dapat meraikan Konvoi Ride Amal ke Temerloh, semalam.
“Alhamdulilah dapat meraikan Konvoi Ride Amal ke Temerloh, selepas selesai program di Pondok Tahfiz Haji Ahmad, Kampung Dala Lanchang, terus berkonvoi ke Restoran Syah Patin Tempoyak, Kampung Bangau,” ujarnya menerusi catatan di laman Facebook beliau, hari ini.
Menurutnya, semua yang hadir dari pelbagai negeri berkonvoi dan berkumpul di bawah Persatuan Roda Amal Variasi Malaysia (RAVM) untuk membuat program kebajikan dan kerja amal.
“Dapat merasa patin Temerloh yang telah disediakan, Alhamdulilah program tahunan yang baik,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, program tahunan itu amat baik kerana dapat menghimpunkan pelbagai persatuan permotoran di bawah satu pergerakan.
Tambahnya, kehadiran anggota konvoi itu ke Temerloh dengan hampir 500 buah motosikal membantu para peniaga dan pengusaha homestay dalam meningkatkan jualan mereka.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Shahrul Azman selaku Pengasas dan Pengerusi Persatuan RAVM dan pasukan yang membuat perancangan program dan menerima sambutan yang baik daripada semua rider.
“Insya-Allah ada rezeki berjumpa lagi kita,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!