Dua suspek pecah rumah berjaya ditahan

- Advertisement -

KLANG: Polis berjaya menahan dua individu yang disyaki terbabit kes pecah rumah di Jalan Bakawali, di sini, awal pagi tadi.

- Advertisement -

Polis Klang Selatan dalam kenyataannya berkata, kedua-dua suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Oleh demikian, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang telah berjaya memberkas kedua-dua suspek itu.

“Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan jenayah, dadah dan sebagainya, boleh kongsi dan salurkan maklumat anda di balai polis berhampiran,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. – HARAKAHDAILY 18/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!