GUA MUSANG: Orang ramai boleh mengikuti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri melalui skrin besar yang disediakan di hadapan Pejabat PAS Gua Musang.
Skrin tersebut yang dipasang di atas lori kempen PAS-PN, sebelum ini digunakan pada program ceramah dan malam tadi program munajat dan solat hajat di Masjid Hijau Renok.
Orang ramai mulai datang ke pekarangan Pejabat PAS terbabit bagi mengikuti dari dekat keputusan PRK tersebut.
Bagaimanapun tidak ramai yang berada di lokasi tersebut disebabkan hujan sekali sekala lebat.
Dipercayai jumlah kehadiran penyokong PAS dan PN dijangka bertambah selepas solat Maghrib.
Setakat ini berdasar keputusan tidak rasmi lima Unit Daerah Mengundi di pedalaman Kelantan melibatkan pengundi Orang Asli kekal dikuasai BN. – HARAKAHDAILY 17/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!