Calon PN akur kehendak pengundi Nenggiri

- Advertisement -

GUA MUSANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Mohd Rizwadi Ismail akur dengan keputusan pengundi di PRK N.43 DUN Nenggiri memberi kemenangan kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

- Advertisement -

Katanya, beliau menerima seadanya keputusan yang dibuat majoriti pengundi DUN Nenggiri selepas pelbagai usaha dilakukan bagi mengekalkan DUN terbabit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

“Saya akur dengan keputusan dibuat pengundi. Biar pun Allah tidak lagi memberi kemenangan pada kali ini saya tetap bersedia untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

BN berjaya merampas kerusi DUN tersebut selepas setahun dimenangi calon PN melalui Mohd Azizi Abu Naim pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas.

PN hanya memenangi empat daripada 20 Unit Daerah Mengundi (UDM) berbanding pada PRN lepas menguasai 13 UDM di DUN Nenggiri.

Difahamkan anak perantau yang menjadi sasaran PN tidak sampai separuh pulang mengundi. – HARAKAHDAILY 17/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -