GUA MUSANG: Peratus pengundi yang keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri berjalan lancar dengan 68.21 peratus telah berbuat demikian sehingga jam 3 petang tadi.
Pada hari ini, seramai 20,216 pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu pada PRK DUN Nenggiri ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) menerusi laman sosialnya.
Sehingga kini, proses mengundi di 20 pusat pengundian yang dibuka sejak jam 8 pagi berjalan tanpa sebarang masalah.
Menurut statistik SPR, 14 anggota polis mengundi secara pos di mana keseluruhan 43 kertas undi pos sudah dikeluarkan pada 5 Ogos lalu.
Proses penjumlahan undi pula akan diadakan di Dewan Perdana, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan SPR akan mengumumkan keputusan seawal jam 9 malam ini.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Rizwadi Ismail (PN) dan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (BN). – HARAKAHDAILY 17/8/2024