GOMBAK: Orang ramai dijemput untuk menghadiri Seminar Mencerap Fenomena Zaman Fitnah pada esok (17 Ogos, Sabtu) pada jam 8 pagi di Dewan Dato’ Haji Fadzil Noor, Akademi Pendidikan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM).
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya dijadual menyampaikan ucaptama di program tersebut yang dianjurkan oleh Akademi Pendidikan KUIZM.
Program tersebut turut menampilkan barisan panel terkemuka dan sentiasa terkehadapan dengan persoalan mengenai situasi semasa dan kaitan dengan hadis akhir zaman.
Mereka yang dijadualkan hadir termasuklah Penulis Buku Huraian Hadis Geoeskatologi, Ustaz Alang Ibnu Shukrimun yang bertajuk,Metodologi Ta’wil Hadith-hadith Fitan.
Seterusnya, Mudir Maahad Darul Fikri, Ustaz Khairul Azmi Ismail yang berjudul, Kedudukan Qussas Dalam Ilmu Hadith dan Implikasi Terhadap Imaginasi Hadith Fitan.
Selain itu, Penulis Buku di Ambang Kehancuran Dunia dan Imam Mahdi dan Peristiwa Akhir Zaman, Ustaz Muhammad Mujahid Ir Fadzil yang bertajuk, Maqasid Hadith-hadith Fitan dan Kronologi.
Akhir sekali, Penulis Buku Survival Iman-Tadabbur Surah Al-Kahfi, Ustaz Abdul Mu’izz bin Muhammad yang bertajuk, Mesej-mesej Mustahak Surah al-Kahfi.
Sementara itu, orang ramai boleh membuat pendaftaran sebanyak RM40 seorang melalui pembayaran secara talian menerusi akaun Maybank bernombor 564221651605 atas nama Pertubuhan Maqtar; atau boleh tekan ke pautan https://toyyibpay.com/Seminar-Akhir-Zaman untuk membuat pembayaran.
Sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi ke talian Hairiady, 011 2432 2633 bagi Muslimin, manakala Qayyum, 014 260 4822 bagi Muslimat.
Selain itu, pautan ini juga perlu untuk mengisi maklumat pendafaran dan sertakan sekali bukti pembayaran dalam borang talian tersebut, https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd0tdHL5hnUBZtHKbaFdyudWw_9hk6rM9_zVFBpo4A10iqvIg/viewform?pli=1– HARAKAHDAILY 16/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!