PRK Nenggiri: Rizwadi mengundi di Tabika Sri Bakawali

- Advertisement -

GUA MUSANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Mohd Rizwadi Ismail akan mengundi di Tabika Sri Bakawali Kampung Bertam Lama kira-kira jam 8.15 pagi esok.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau akan keluar dari kediamannya di Bertam Lama pada jam 8 pagi dan dijangka tiba di tempat mengundi Unit Daerah Mengundi (UDM) Bertam Lama tidak lama kemudian.

“Saya akan bertolak dari rumah ke puast mengundi jam 8 pagi,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Malah lokasi tersebut turut menjadi tempat mengundi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

PRK DUN Nenggiri membabitkan 20,259 pengundi berdaftar yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PN.

Pilihan raya itu diadakan susulan kekosongan kerusi yang diumumkan oleh Speaker DUN Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah selepas penyandangnya Azizi Abu Naim tergugur ahli Bersatu. – HARAKAHDAILY 16/8/2024