Doktor diperkosa, bunuh: Persatuan perubatan anjur mogok esok

Persatuan Perubatan India (IMA), pertubuhan doktor terbesar di negara itu bakal mengadakan mogok perkhidmatan bukan kecemasan di seluruh negara pada esok, Sabtu, 17 Ogos 2024. (FOTO: Daily Sun)
- Advertisement -

MUMBAI, India: Kemarahan terhadap tragedi pemerkosaan dan pembunuhan kejam seorang doktor di timur India tidak menunjukkan tanda-tanda reda pada hari ini Jumaat (16 Ogos), ketika pertubuhan pasukan perubatan menggesa penutupan perkhidmatan hospital terbesar di situ. dan parti politik bersiap sedia untuk mengadakan protes.

Pada minggu lalu, seorang doktor pelatih berusia 31 tahun telah diperkosa dan dibunuh ketika berada di dalam sebuah kolej perubatan di bandar timur Kolkata, tempat di mana dia bekerja, yang kemudian mencetuskan bantahan di seluruh negara di kalangan doktor, lapor Al Arabiya News.

Insiden itu hampir sama dengan insiden pemerkosaan beramai-ramai dan pembunuhan seorang pelajar berusia 23 tahun ketika menaiki bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.

- Advertisement -

Sehubungan itu, kumpulan perubatan terbesar India, Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, pihaknya akan melaksanakan penutupan seluruh negara bagi kebanyakan jabatan, kecuali perkhidmatan penting, selama 24 jam mulai pagi esok, Sabtu (17 Ogos), mogok terbesar dalam sekurang-kurangnya satu dekad.

Penunjuk perasaan menyertai himpunan protes selepas pembunuhan dan pemerkosaan seorang doktor pelatih. (FOTO: Al Jazeera)

“Doktor, terutama golonganwanita terdedah kepada keganasan kerana sifat profesion mereka.

“Ia adalah tanggungjawab pihak berkuasa bagi menyediakan keselamatan doktor di dalam hospital dan kampus,” kata IMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada laman X, lewat malam Khamis.

Sementara itu, golongan pelakon Bollywood, selebriti dan ahli politik di India juga telah menyuarakan rasa terkejut dengan jenayah itu, dan menggesa hukuman yang lebih tegas bagi pelaku jenayah terhadap wanita.

Doktor berkata, insiden perkosa dan bunuh  itu menunjukkan keadaan pasukan perubatan yang dibiarkan tanpa perlindungan dan kemudahan yang sewajarnya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 16/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!