GUA MUSANG: Anak muda DUN Nenggiri perlu menimbang dimensi kepimpinan semasa kerajaan hari ini melalui proses pilihan raya secara demokrasi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, anak muda Nenggiri wajar memberi undi kepada calon No. 1 daripada PERIKATAN NASIONAL, Mohd Rizwadi Ismail.
Katanya, mereka perlu memahami pentingnya mendalami politik semasa tanah air berdasar ilmu demokrasi negara berperlembagaan.
“Anak mudo Nenggiri sebagai rakyat yang baik, marilah kita sematkan di dada kerja-kerja memilih pemimpin dalam pilihan raya kerana ia adalah kerja agama, terangkum di dalamnya soal dosa dan pahala.
“Jari yang memangkah akan turut dipertanggungjawabkan di akhirat nanti dengan kuasa memilih pemimpin dari kumpulan parti yang baik,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya juga Pemuda PAS percaya akan membuat pilihan yang tepat bagi menimbang baik buruk terutama melalui info-info yang diperolehi di media sosial yang mampu dianalisa dengan baik.
“Undi anda adalah penentu wakil rakyat yang akan mewakili rakyat Nenggiri dan pilihlah saudara Rizwadi Ismail, anak tempatan Nenggiri. Pertahan Nenggiri, undi bulan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/8/2024