KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan enam negeri sehingga 4 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu dan Perak pula di Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, kawasan di Selangor ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Johor iaitu Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Sementara itu, kawasan di Sarawak pula ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) dan Sabah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Sandakan),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/8/2024