Tiga warga tempatan ditangkap miliki dadah, senjata 

Barang rampasan yang dipercayai terdiri daripasa pelbagai jenis dadah dan senjata. (FOTO FB/Polis Daerah Seri Alam)
- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, Johor menahan tiga warga tempatan selepas menyerbu sebuah rumah di Pasir Gudang, di sini kerana memiliki dadah dan senjata pada Isnin (12 Ogos).

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Ishak, berkata suspek merupakan seorang perempuan dan dua lelaki lingkungan umur 27 hingga 38 tahun.

- Advertisement -

Mohd Suhaimi berkata, suspek memiliki 16 jenis dadah dan senjata yang diantaranya telah dirampas oleh pihaknya.

“Permohonan reman terhadap kesemua suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam, Selasa (13 Ogos) hasil semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod kesalahan jenayah dan empat rekod kesalahan dadah.

“Sementara, suspek kedua mempunyai satu rekod kesalahan jenayah dan empat rekod kesalahan jenayah dadah, serta suspek ketiga mempunyai tiga rekod kesalahan jenayah dan empat rekod kesalahan jenayah dadah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Justeru, katanya, siasatan terhadap suspek akan dijalankan di bawah peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960; Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958; dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

- Advertisement -