Tiada lagi perjuangan Umno bela nasib orang Melayu

Dato' Roso Wahid (kiri) bersama petugas kempen PRK DUN Nenggiri.
- Advertisement -

GUA MUSANG: Perjuangan Umno di bawah Presiden sekarang Dato’ Seri Zahid Hamidi dianggap semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal parti terbabit.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Bersatu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid berkata, Umno era sekarang merosakkan perjuangan orang Melayu sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP.

Katanya, Umno dahulu mendendangkan lagu memperjuangkan nasib bangsa Melayu, namun sekarang telah hancur demi kepentingan peribadi seorang pemimpin sehingga sanggup ‘berpeluk’ dengan DAP.

“Apa yang berlaku di Perak cukup untuk mengajar kita tuan-tuan. Saya juga orang Umno dahulu, pernah menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu.

“Kenapa perlu lari dari Umno? Dengar baik-baik nih. Ketika Pilihan Raya Umum (PRU-15) di Perak PN menang 26 kerusi, DAP 24 dan Umno hanya sembilan,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Padang Pasar Malam RKT Jeram Tekoh semalam.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu, Umno tidak ingin bekerjasama dengan PN yang mempunyai gabungan PAS dan Bersatu, sebaliknya memilih PH yang ada DAP.

Kata beliau apa yang ulama Umno sehingga sanggup membiarkan Zahid sehingga menolak kerjasama bersama PN yang juga didominasi orang Melayu-Islam

“Rakyat seluruh negara sedar Islam kini tergugat, kos sara hidup semakin meningkat khususnya selepas kenaikan harga diesel.

“Kita juga kena sedar, tidak mustahil harga petrol juga akan naik selepas PRK Nenggiri sekiranya calon BN menang seperti berlaku selepas PRK DUN Kuala Kubu Bharu,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -