Sekadar persepsi negatif kepada kepimpinan kerajaan negeri

Haziq Asyraf Dun
- Advertisement -

KANGAR: Ketua Pemuda PAS Perlis, Haziq Asyraf Dun menyifatkan desas-desus peletakan jawatan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, sebagai usaha pihak tertentu yang cuba menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan negeri.

- Advertisement -

Beliau menegaskan tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan pentadbiran negeri yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.

“Tiada sebarang berita atau perubahan kepimpinan yang membabitkan Menteri Besar akan berlaku di negeri ini.

“Saya melihat khabar angin ini ditimbulkan oleh pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri.

Exco kerajaan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak, turut mengesahkan bahawa pentadbiran negeri berjalan seperti biasa dan tidak ada apa-apa yang luar biasa berlaku.

“Setakat ini, tiada apa-apa yang berlaku berkaitan peletakan jawatan Menteri Besar. Segalanya berjalan seperti biasa, dan apa yang sedang berlaku hanyalah khabar angin sahaja,” katanya.

Khabar angin mengenai peletakan jawatan Mohd Shukri mula tersebar selepas sebuah portal berita melaporkan kemungkinan perubahan dalam kepimpinan Menteri Besar yang dikatakan akan berlaku pada Ogos atau September.

Namun, Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan beliau tidak mengetahui tentang sebarang rancangan sedemikian. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!