GUA MUSANG: Berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku sekarang PERIKATAN NASIONAL (PN) membayangkan mendahului sokongan rakyat pada PRK DUN Nenggiri.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Dato’ Kamarudin Md Noor berkata, perkembangan semasa yang berlaku sekarang memperlihatkan sesuatu yang positif hasil kerja keras semua jentera pilihan raya PN.
“Saya yakin calon kita sedang mendahului sokongan di PRK Dun Nenggiri. Untuk itu kita menyeru semua pengundi di DUN Nenggiri beramai-ramai keluar mengundi Sabtu ini,” katanya selepas sesi taklimat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pejabat PAS Gua Musang hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob; Pengarah Operasi PN PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Selain itu Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Kamarudin juga berkata, sokongan terhadap calon PN perlu dipertingkatkan lagi dan petugas pilihan raya PN perlu melipatkangandakan lagi usaha.
Menurutnya juga Presiden Bersatu berpuas hati dengan gerak kerja kempen di PRK Dun Nenggiri yang berjalan lancar sejak selepas penamaan calon 3 Ogos lepas.
“Bemula hari ini Tan Sri Muhyiddin akan berkampung di sini dan berkempen sehingga pada hari pengundian,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/8/2024