Lajnah Dakwah PAS Johor anjur pertandingan deklamasi sajak

Nazarudin Bachok
- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Lajnah Dakwah PAS Johor dengan kerjasama Lajnah Kesenian dan Kebudayaan ingin menganjurkan pertandingan mendeklamasi sajak sempena menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-67. 

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Johor, Ustaz Nazarudin Bachok berkata, objektif pertandingan itu adalah ingin memberikan ruang dan pendedahan kepada ahli PAS dalam mendeklamasi sajak bertemakan Hari Kemerdekaan ke-67, di samping menanamkan semangat patriotisme kepada masyarakat khasnya golongan muda.

- Advertisement -

Menurutnya, program yang diadakan ini merupakan salah satu niat murni penganjur, ingin mencungkil bakat-bakat terpendam dengan mempelbagaikan lagi medium baharu dalam medan dakwah.

Tambah beliau, antara syarat am pertandingan ialah ia terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke atas. 

“Video sajak itu hendaklah dihantar dalam bahasa Melayu. 

“Karya yang ingin dipersembahkan mestilah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Mestilah karya asli peserta. 

“Karya plagiat, terjemahan dan yang pernah disiarkan di mana-mana penerbitan bercetak atau digital, terbatal secara automatik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Mendeklamasi Sajak sempena Hari Kemerdekaan kali ke 67 di Pejabat PAS Kawasan Pontian.

Nazaruddin berkata, syarat khas pertandingan pula seperti spesifikasi video dan panduan pertandingan mendeklamasikan sajak mestilah durasi videonya tidak kurang dari dua minit. 

“Format video pula ialah MOV dan MP4. Peserta dibenarkan menggunakan alat bantu atau alat muzik semasa menghasilkan video. Bahkan, penggunaan latar hijau (green screen) untuk memasukkan kesan khas digalakkan.

“Selain itu, peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema video.

“Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi di talian 019-7674278 (Ibrahim),” ujarnya.

Menurut beliau lagi, program ini turut mendapat sokongan dari Lajnah Penerangan.  

Hadiah wang tunai bernilai RM400 menanti peserta yang memenangi tempat pertama dalam pertandingan deklamasisSajak yang dibuka penyertaannya bermula pada 10 Ogos ini dan akan berakhir 29 Ogos nanti.

“Sekiranya selepas keputusan diumumkan, urus setia mendapati peserta melanggar syarat maka penganjur berhak menarik kembali hadiah kemenangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

- Advertisement -