Kembara Dakwah: Terengganu cakna kebajikan Orang Asli

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri meneruskan usaha membantu rakyat termasuk dalam kalangan Orang Asli, walaupun kerajaan Persekutuan menyekat pembayaran wang royalti petroleum.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Program Kembara Dakwah dan Kebajikan yang dilaksanakan di perkampungan Orang Asli baru-baru ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri, lapor Buletin Online.

Beliau berkata, inisiatif itu bagi memastikan setiap lapisan masyarakat, termasuk komuniti Orang Asal mendapat perhatian dan sokongan yang sewajarnya,

Menurutnya, program itu menyediakan bantuan kepada keluarga di beberapa perkampungan, dengan sumbangan berupa barangan keperluan harian yang diharap dapat meringankan beban kehidupan harian mereka.

Sehubungan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di perkampungan Orang Asli terbabit dan semua pihak memberiikan kerjasama dan sokongan.

Menurutnya, Program Kembara Dakwah itu bukan sekadar memberikan bantuan fizikal tetapi juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli.

Katanya, Program Kembara Dakwah dan Kebajikan yang dilaksanakan di perkampungan Orang Asli secara berkala, telah memberikan manfaat langsung kepada penduduk setempat dengan sumbangan barangan keperluan harian.

Beliau juga menyeru agar semua pihak terus bekerja sama dalam memajukan dan memperbaiki kehidupan komuniti Orang Asli di negeri ini.

Tambahnya, dengan tema Indahnya Hidup Bersyariat, program itu bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Program Kembara Dakwah dan Kebajikan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir,” ujarnya yang juga ADUN Batu Buruk.

Justeru, katanya, menerusi inisiatif ntu diharapkan masyarakat Orang Asli dapat merasai kehadiran dan perhatian kerajaan dalam usaha mereka untuk meningkatkan taraf hidup. – HARAKAHDAILY 14/8/2024

- Advertisement -