KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka.
“Selain itu, kawasan di Kedah (Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
“Sementara itu, kawasan Sarawak di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Miri (Miri) dan Limbang (Lawas); dan Sabah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2024