Kepentingan laluan perjalanan digital belia  

Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lajnah Perpaduan Nasional mengucapkan Selamat Hari Belia Antarabangsa 2024 kepada semua belia di Malaysia yang bertemakan ‘Laluan Digital Belia untuk Pembangunan Mampan’ yang disambut pada setiap 12 Ogos.

Pengerusinya, Dr Halimah Ali, berkata belia adalah golongan yang menjadi tonggak dan penerus generasi bagi penentu masa depan masyarakat. 

- Advertisement -

“Tema ini sangat relevan dalam dunia kita yang semakin digital, di mana teknologi memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembangunan mampan. 

“Saya percaya bahawa dengan memperkasakan belia melalui teknologi, kita bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan mereka tetapi juga menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan dan inklusif. 

“Pembangunan mampan memang memerlukan generasi yang mahir dalam ilmu digital yang turut diikuti dengan nilai murni,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar akui bahawa, belia dan dunia digital memang saling memerlukan bagi memudahkan kehidupan seharian yang serba pantas, mudah dan terkini.

Justeru, beliau amat komited untuk menyokong belia dalam perjalanan digital mereka yang menggunakan teknologi untuk membawa perubahan dan mencari penyelesaian kepada masalah global. – HARAKAHDAILY 13/8/2024