Amaran angin kencang, hujan lebat di sembilan negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di Kedah iaitu Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); dan Kelantan di Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

- Advertisement -

“Selain itu, kawasan di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); dan Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

“Seterusnya, kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin); Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Gombak); dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).

“Sementara itu, Sabah di Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/8/2024

- Advertisement -