Raub: 40 saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Raub telah menjalankan Op Perdagangan di Pekan Sungai Klau, Raub, Pahang, pada hari ini, 13 Ogos 2024. (FOTO: FB @Polis Daerah Raub)
- Advertisement -

RAUB: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Raub telah menjalankan Op Perdagangan di Pekan Sungai Klau, Raub, Pahang, pada hari ini.

Polis Daerah Raub dalam kenyataannya berkata, operasi berkenaan dijalankan kerana terdapat beberapa aduan awam serta kes kemalangan yang melibatkan pemandu tersebut.

- Advertisement -

“Aduan didapati pemandu tersebut memandu secara laju di sekitar kawasan tersebut. Sebanyak 40 saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya serta lain-lain kesalahan lalu lintas. 

“Antara pecahan individu yang disaman mengikut kaum adalah Melayu (23 orang) dan Cina (17 orang),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Tambah kenyataan itu, terdapat juga tiga buah kenderaan jenis pacuan empat roda juga turut disita atas kesalahan mengubah suai kenderaan.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melanggar peraturan lalu lintas kerana tindakan tersebut boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” ujar kenyataan itu. – HARAKAHDAILY 13/8/2024