‘Tentera’ Allah muncul bila tiba masanya

- Advertisement -

DALAM satu riwayat menyebut, malaikat menjelma dalam bentuk seorang sahabat Nabi yang kacak, bernama Dihyatul Kalbi, memakai serban yang mempunyai bulu burung. Ada sahabat yang melihatnya di mana-mana tempat.

Ada juga sahabat yang tidak nampak jelmaan malaikat yang tiba-tiba memotong kepala orang kafir. Nabi berkata, itulah malaikat yang turun menolong tentera-tentera Islam. Allah menolong orang Islam di dalam Perang Badar dengan menghantar seribu malaikat.

- Advertisement -

Hal ini juga berlaku di Afghanistan. Puak Taliban menghadapi hal yang sama ketika jihad berlawan dengan Rusia. Antara benda yang pelik berlaku ialah peluru musuh tidak menembusi tubuh mereka.

Ada satu pasukan dikepung. Peluru habis, makanan pun tiada. Mereka berselindung di sebalik bukit. Begitu juga dengan tentera Rusia. Kapal terbang Rusia datang menurunkan makanan dan senjata kepada tenteranya dengan menggunaan payung terjun. Namun, angin menolak payung terjun tersebut ke arah mujahidin.

Puak Rusia juga berdiam diri tidak menembak. Mereka melihat beratus-ratus orang yang berpakaian serba putih menunggang kuda menuju ke arah mereka. Mereka menembak tetapi tidak berjaya dan akhirnya mereka melarikan diri.

Yang terlibat dalam peperangan, malaikat ibarat ‘nasrumminallah’ atau pertolongan daripada Allah. Apabila masa sampai, kita memenuhi syarat, Allah tengok kita layak untuk ditolong, maka Dia akan menolong kita.

Di Gaza juga berlaku peristiwa pelik yang menyebabkan orang Yahudi tidak dapat membunuh ‘direct’ orang Islam di sana. Oleh sebab itu, mereka membedil sekolah dan hospital.

Ada seorang hamba Allah, dia memegang lastik biasa. Dia berhadapan dengan kereta kebal Israel. Tiba-tiba, mortar entah datang dari mana mengebom kereta kebal sehingga ia hancur.

Bukan sahaja malaikat yang menjadi tentera Allah yang datang menolong manusia, Dalam surah lain Allah menyebut:

وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ
Maksudnya “Tidak ada yang tahu tentera Tuhan kecuali Allah SWT.” (Surah Al-Muddatthir: 31)

Selain malaikat, taufan, hujan dan ribut juga merupakan tentera-Nya. Namrud dimatikan dengan nyamuk. Tentera bergajah dimatikan dengan burung Ababil. Allah datangkan bermacam-macam bantuan apabila tiba masanya. – HARAKAHDAILY 12/8/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -