Exco minta beri kerjasama kepada petugas KPKM-6

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyeru rakyat Kelantan memberi kerjasama yang baik kepada petugas Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-6 (KPKM-6) yang berlangsung serentak seluruh negara.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim berkata, kerja di lapangan berhubung kajian tersebut bermula 15 Julai lalu hingga 31 Disember ini.

“Kajian ini sebagai platform perkongsian maklumat serta pandangan untuk dijadikan sumber data bagi pelaksanaan sebarang tindakan oleh pihak berautoriti untuk pelbagai lapisan masyarakat.

“Sebagai langkah keselamatan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kajian ini di laman sesawang LPPKN www.lppkn.gov.my atau portal rasmi kajian kpkm6.lppkn.gov.my serta media sosial LPPKN,” katanya pada sidang media di MABNA, Kota Darulnaim, di sini semalam.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga LPPKN, Noor Azlin Muhammad Sapri dan Pengarah LPPKN Kelantan, Zaharin Bakri.

Rohani memberitahu, bancian yang diadakan itu untuk memantau situasi dan cabaran yang dihadapi oleh institusi keluarga pada masa kini dan akan datang.

Tambahnya, tugasan ini di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Kajian ini akan menyediakan data terkini dan siri masa berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosio-ekonomi penduduk Malaysia, keperluan.

“Ia bertujuan untuk menyediakan data terkini dan siri masa berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosioekonomi penduduk Malaysia,” ujarnya lagi.

ADUN Tanjung Mas itu berkata, sebanyak 37,550 tempat kediaman akan dilawati sepanjang tempoh itu di seluruh negara.

Tambahnya, kajian berskala besar dan bersifat nasional itu bagi menyediakan data terkini dan siri masa berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosioekonomi penduduk Malaysia.

Rohani menambah, lima jenis responden disasarkan untuk tujuan itu, antaranya lelaki dan wanita pernah berkahwin berumur 15 hingga 59 tahun, remaja belum pernah berkahwin antara umur 13 hingga 24 tahun, warga emas berumur 60 tahun dan ke atas serta penduduk bujuang berumur antara 25 hingga 59 tahun.

“Antara soalan yang bakal diajukan kepada para responden adalah seperti latar belakang keluarga, pekerjaan dan pendapatan, perkahwinan.

“Petugas penemu duga juga akan bertanyakan soalan berkaitan kesuburan, perancang keluarga, hubungan keluarga, sosial dan seksual remaja, bantuan kepada warga emas, pembujangan, kesihatan mental, kesunyian dan sokongan sosial,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 12/8/2024

- Advertisement -