China: 6 maut, 10 cedera astaka runtuh disambar petir

Salah satu contoh astaka yang terdapat di di bandar Changzhou, wilayah Jiangsu di timur China. (FOTO: The Standard)
- Advertisement -

NANJING: Enam orang disahkan maut dan 10 lagi cedera setakat jam 2 pagi hari ini, Isnin (12 Ogos) selepas sambaran petir menyebabkan astaka taman runtuh di bandar Changzhou, wilayah Jiangsu di timur China.

Pihak berkuasa tempatan berkata, petir itu menyambar perbandaran Hengshanqiao di Zon Pembangunan Ekonomi Changzhou pada jam 8.36 malam Ahad 11 Ogos), menyebabkan astaka berkenaan itu runtuh dan memerangkap beberapa orang yang berlindung di situ daripada hujan.

- Advertisement -

Operasi pencarian dan penyelamatan berakhir lewat Ahad, dan kesemua 16  mangsa berkenaan telah dikejarkan ke hospital, lapor The Standard.

Enam daripada mangsa berkenaan mengalami kecederaan parah dan kemudiannya meninggal dunia, manakala 10 lagi berada dalam keadaan stabil.

Siasatan sedang dijalankan, dan pihak berkuasa tempatan akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap kemudahan awam untuk memastikan keselamatan.

Peta menunjukkan  kedudukan bandar Changzhou, di wilayah Jiangsu, China.

China mengalami musim panas dengan cuaca ekstrem, dengan hujan lebat merentasi timur dan selatan, dan sebahagian besar utara terik dalam gelombang haba berturut-turut.

Pada bulan lalu, hujan lebat di wilayah utara Shaanxi menyebabkan jambatan lebuh raya runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang.

Perubahan iklim, yang dikatakan para saintis diburukkan lagi oleh pelepasan gas rumah hijau, menjadikan fenomena cuaca ekstrem ini lebih kerap dan sengit. -Agensi/– HARAKAHDAILY 12/8/2024

- Advertisement -