Belia berakhlak bina generasi beradab, utuh, dihormati

Halimah mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Antarabangsa 2024 pada hari ini, 12 Ogos.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Belia yang berakhlak akan membina generasi beradab, utuh dan dihormati. Belia juga perlu bervisi dan misi kekuatan tidak ternilai negara.”

- Advertisement -

Itu pesanan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali sempena Hari Belia Antarabangsa 2024 yang disambut hari ini.

Menurutnya, Hari Belia Antarabangsa merupakan hari kesedaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut pada 12 Ogos setiap tahun.

“Sambutan hari Belia Antarabangsa ini juga adalah bertujuan untuk menarik perhatian kepada isu-isu budaya dan undang-undang berkaitan sekitar beli,” katanya.

Selain itu, ujar beliau, Hari Belia Antarabangsa  juga memberi peluang kepada kerajaan dan pihak lain untuk menarik perhatian tentang isu-isu belia di seluruh dunia.

“Belia yang sihat, kuat, bijaksana, matang sejahtera dan rabbani adalah tonggak negara. Sayangi, asuh dan hargai mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, tambah beliau, dengan mengadakan hari belia ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan golongan muda untuk mencegah konflik, menyokong inklusi, keadilan sosial, dan mengekalkan keamanan.

“Selamat menyambut Hari Belia Antarabangsa kepada semua  belia di mana jua anda berada terutama di Kapar, Selangor” katanya. – HARAKAHDAILY 12/8/2024

- Advertisement -