Cara pagar rumah daripada gangguan jin dan syaitan

- Advertisement -

KEBIASAANNYA, Nabi menghantar tiga orang untuk mendapatkan maklumat di suatu tempat. Nabi melantik seorang ketua antara mereka. Nabi mengenal pasti siapa antara mereka yang menghafal al-Quran. (Rujuk Riwayat Imam Muslim: 673).

Dalam satu hadis lain ada seorang pemuda dilantik sebagai ketua oleh Nabi kerana mengingati Surah Al-Baqarah (Rujuk Riwayat Imam Tirmizi: 2876).

- Advertisement -

Pernah suatu ketika, seorang wanita datang menemui Nabi dan menawarkan dirinya untuk Nabi jadikannya isteri. Nabi menolaknya kerana tidak berkenan.

Nabi mencari dalam kalangan sahabat yang mahu berkahwin. Ada seorang sahabat yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai wang. Nabi bertanya, apa yang ada padanya.

Dia berkata, dia tidak mempunyai apa-apa kecuali dia menghafal surah sekian dan sekian daripada Al-Quran (Rujuk Riwayat Imam Bukhari: 5871).

Sebahagian ulama berpendapat bahawa antara surah yang dimaksudkan boleh jadi Surah Al-Baqarah.

Nabi menyebut dalam satu hadis, syaitan tidak memasuki rumah yang dibacakan surah al-Baqarah (Rujuk Riwayat Imam Muslim: 780).

Sekiranya kita merasa ada gangguan di dalam rumah, bacalah surah al-Baqarah.

Ini merupakan antara cara untuk memagar rumah kita daripada gangguan jin dan syaitan. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

PENAFIAN
Harakahdaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Harakahdaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -