Tiada cawangan Bersatu di Jeli dibubar

TIDAK BUBAR...antara kepimpinan Bersatu Bahagian Jeli.
- Advertisement -

JELI: Bersatu Bahagian Jeli menafikan parti itu lumpuh setelah beberapa orang ahlinya mengumuman keluar parti sebaliknya menyifatkan ‘drama’ klasik yang diulang tayang setelah pupus idea untuk memancing undi.

- Advertisement -

Ketua Bersatu Jeli, Jummaalin Zaiton berkata, pengumuman yang dibuat wakil kumpulan tersebut sehingga menggambarkan Bersatu Bahagian Jeli lumpuh adalah tidak benar.

Beliau berkata, tidak ada satu cawangan pun yang ditutup sebagaimana yang dilaporkan.

“Ini kerana individu-individu tersebut hanya terdiri daripada beberapa orang yang bercita-cita besar, tetapi kecewa dalam parti. Mereka juga merupakan  penyokong tegar Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik yang mengkhianati parti,” katanya.

Menurutnya, Bersatu Bahagian Jeli masih utuh dan berfungsi seperti biasa dengan jumlah keahlian 7,238 orang dan 57 cawangan masih aktif.

“Bersatu Jeli memahami suasana politik dengan adanya Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri ketika ini, ujarnya pada kenyataan.

Rabu lalu, media melaporkan Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhamad mendakwa  lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli dibubarkan. – HARAKAHDAILY 9/8/2024