Rumah tangga Umno-DAP: Hati-hati rakyat Nenggiri

Calon PERIKATAN NASIONAL pada PRK DUN Nenggiri, Rizwadi Ismail (tengah) mewakili parti gabunganyang mantap dalam memartabatkan perjuangan penyatuan ummah dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) yang didominasi DAP mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka juara perpaduan, berjaya menghimpunkan parti dari pelbagai latar belakang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, perkara itu betul tetapi realitinya masing-masing tidak saling percaya mempercayai antara satu sama  lain, bagaikan tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. 

- Advertisement -

“Bukan mudah menyatukan contohnya Umno dan DAP yang bersengketa puluhan tahun. Kalau pun pimpinan tertinggi masing-masing nampak mesra kerana punya jawatan tinggi, tetapi yang di bawah bercakaran dan saling curiga-mencurigai.

“Nenggiri menjadi contoh betapa rapuhnya perkahwinan politik Umno dan DAP ini. 

“Bayangkan dah pun bernikah dan membentuk rumah tangga (Kerajaan Persekutuan) tetapi bila berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, si isteri tepis tangan tak benar suami bantu. 

“Umno tak benarkah DAP turun di Nenggiri, lantas menjadi buah mulut ramai, perkahwinan apakah ini? soal beliau dalam media sosial miliknya, hari ini.

Pada hari ini sebuah portal berita tempatan melaporkan lantaran kecewa dengan sikap Umno, Pengerusi DAP Kelantan, Azaha Abd Rani menyatakan ahli dan penyokong DAP di Nenggiri bebas membuat pilihan memilih mana-mana sahaja parti ketika hari mengundi 17 Ogos nanti.

Kata Azaha dalam laporan tersebut, DAP Pusat telah pun mengeluarkan arahan agar DAP Kelantan tidak melibatkan diri langsung dalam PRK itu mungkin kerana Umno menyangka mereka sudah terlalu kuat di sini

Justeru Roslan mengulas kenyataan media Azaha itu dengan berkata, “Ternyata kecewa sungguh si suami lantaran sikap si isteri yang enggan menerima tawaran bantuannya’ dan suami mana yang tidak marah bila isteri pandai-pandai jalan sendiri.

“Jika beginilah keadaan rumah tangga PH-BN, hati-hatilah rakyat pengundi Nenggiri. Tiada pilihan selain kekal pada parti yang stabil dan jelas sikap serta pendirian perjuangannya. 

“PAS dan PN adalah gabungan politik yang mantap yang memartabatkan perjuangan penyatuan ummah dan perpaduan sebenar rakyat Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/8/2024