Kumpulan keluar Bersatu bukan ahli sejak 2023

Nor Aina Zakaria
- Advertisement -

JELI: Ahli yang keluar Bersatu Rabu lepas merupakan kumpulan yang tewas pada pemilihan jawatan di peringkat cawangan parti itu tahun lepas.

- Advertisement -

Mereka dianggarkan hampir 30 orang telah ditolak ahli akar umbi Bersatu serta tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti tersebut.

Ketua Serikandi Bersatu Kelantan, Nor Aina Zakaria berkata, sejak selesai pemilihan parti sehingga sekarang kumpulan terbabit tidak memegang sebarang jawatan dalam parti di mana-mana peringkat.

Menurutnya, secara praktikalnya mereka telah terlucut keahlian Bersatu secara automatik sejak awal tahun 2023 dengan mengambil kira Pindaan Dalam Perlembagaan Bersatu selaras Akta Anti Lompat Parti kerana menyokong paeti lawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya juga sidang media oleh kumpulan terbabit baru-baru ini dianggap berniat jahat bagi memburukkan imej Bersatu.

“Tiada lain semata-mata tujuan untuk memburukan imej parti dan Perikatan Nasional (PN) yang semakin hari diterima rakyat di seluruh negara,” katanya.

Rabu lalu media melaporkan Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhamad mendakwa lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli dibubarkan. – HARAKAHDAILY 9/8/2024