KUALA LUMPUR: Pejabat Ahli Parlimen Kapar yang diterajui Dr Halimah Ali dengan kerjasama Sekretariat SDG Parlimen Malaysia bakal menganjurkan program usahawan konten dan pendigitalan usahawan.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata, program berkenaan diadakan bertujuan bagi melatih usahawan-usahawan yang telah memiliki perniagaan untuk mendigital dan memasarkan perniagaan mereka melalui platform e-commerce dan media sosial, untuk menjana pendapatan tambahan.
Menurutnya, seramai enam peserta akan dipilih menyertai Program Pendigitalan Usahawan (PPU), manakala menerusi Program Usahawan Konten (PUK) pula, seramai 10 orang peserta akan disenarai pendek bagi menyertainya.
“Peserta akan mengikuti sesi latihan 12 kali sepanjang 4 bulan secara percuma. Tiada bayaran dikenakan.
“Mereka yang berminat boleh menghantar maklumat penuh seperti nama; alamat lengkap; nombor kad pengenalan; nombor telefon dan profile media sosial ke nombor 017-3387956 (urusetia),” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, tambah Halimah, orang ramai yang berminat juga boleh mengisi maklumat di Google Form ini yang tertera: (https://docs.google.com/…/1FAIpQLSeoTyI14VmvoJ…/viewform) sebelum 10/8/24.
“Ayuh! rebutlah peluang keemasan ini,”katanya. – HARAKAHDAILY 5/8/2024