KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli mengetuai program Konvoi Pelancongan Perlis sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 petang semalam.
Program bertujuan melawat lokasi-lokasi pelancongan di Negeri Perlis bagi menyokong promosi TMPs 2024-2025.
Selain itu, program tersebut juga memberi peluang kepada Kerajaan Negeri untuk merakyatkan perkhidmatan dengan menyantuni para pengunjung di lokasi terpilih melalui interaksi mesra.
Ia bertujuan mendapatkan cadangan dan maklum balas bagi penambahbaikan sektor pelancongan di Perlis.
Konvoi motosikal pelancongan bermula dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis menuju ke Pasar Terapung, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.
Seterusnya, konvoi dibawa ke Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis di Sungai Batu Pahat.
Di sini, rombongan konvoi diberi peluang memberi makan kepada buaya dan menurap pasir untuk menyiapkan tempat buaya bertelur.
Program ini bukan sahaja mempromosikan pelancongan negeri, tetapi juga mempererat hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui aktiviti yang melibatkan interaksi langsung di lokasi-lokasi pelancongan utama.
Turut serta dalam program ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Ustaz Muhammad Azmir Azizan dan Setiausaha Politik MB, Muhammad Mustaqim Abdullah serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Che Murad Sayang Ramjan. – HARAKAHDAILY 5/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!