Tanggungjawab anggota pelaksana untuk membuat teguran

Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri terbuka menerima teguran daripada anggota pelaksana, perkhidmatan awam demi kepentingan semak dan imbang (check and balance) dalam pengurusan negeri.

- Advertisement -

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, teguran itu bukan sahaja melibatkan Exco negeri termasuk kepada beliau sendiri sekiranya terdapat pelanggaran prosedur atau ketetapan yang ditetapkan.

“Kita senantiasa bercakap tentang check and balance di kalangan kita dengan rakyat, tetapi kita juga perlu ingat bahawa aspek ini juga perlu di antara anggota kepimpinan negeri, tidak kira Exco atau menteri besar, bersama dengan anggota pentadbiran kerajaan.

“Tanggungjawab anda sebagai anggota pelaksana dalam perkhidmatan awam di peringkat negeri untuk membuat teguran kepada mana-mana kepimpinan negeri tak kiralah walaupun sampai ke peringkat menteri besar.

“Sekiranya dilihat apa yang ingin dilaksanakan itu bercanggah dengan apa yang sepatutnya dilakukan sama ada dari segi prosedur kewangan dan apa jualah ketetapan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 2024, di sini, hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Samsuri juga menekankan bahawa era pemusatan kuasa sudah berlalu dan kini adalah zaman penyelesaian masalah secara bersama.

“Tak boleh one way stript. Saya sebagai menteri besar ataupun Exco-Exco sebagai ketua portfolio boleh menegur anggota pentadbiran tapi dalam masa yang sama anggota pelaksana, anggota awam tak boleh nak tegur Exco ataupun menteri besar.

It works in the past 20 tahun, 15 tahun dahulu, sebab orang nak pemusatan kuasa, begitu. Tapi, pada saya, saya merasakan kita di era yang berbeza.

“Dalam keadaan cabaran yang sebegini, di hadapan kita yang begitu besar peringkat negara lebih lagi besar, kita perlu bekerja bersama dan menghadapi masalah bersama,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -