PH-BN rebut kerusi menjelang PRU16

- Advertisement -

GUA MUSANG: Ketiadaan pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon Barisan Nasional (BN) pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam memberi gambaran berlaku konflik dalaman gabungan tersebut.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keadaan itu menunjukkan pakatan dalam PH dan BN sedang berantakan kerana berebut menjadi calon.

Katanya, perebutan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sudah berlaku sekarang biarpun ia masih jauh lagi.

“Sekarang semakin panas hubungan antara PH-BN,” katanya pada media ketika ditemui pada program ramah mesra bersama pengundi di Kampung Renok Baru, di sini, hari ini. (Foto atas)

Baru-baru ini, Pengarah Pilihan Raya Umno PRK Nenggiri Tengku Razaleigh Hamzah dilapor berkata, DAP tidak perlu hadir berkempen di Nenggiri.

Sanusi juga berkata, situasi berbeza dalam Perikatan Nasional (PN) di mana begitu erat dan utuh seperti adik beradik.

Menurut Menteri Besar Kedah itu lagi, kekurangan antara satu sama lain ditampung bersama.

“Itulah uniknya hubungan antara tiga gabungan parti dalam PN kerana masing-masing ikhlas,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 4/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!