MP Jerantut komited perjuang hak veteran tentera

- Advertisement -

KUANTAN: Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin komited untuk terus memperjuangkan hak veteran tentera dengan memastikan bekas pejuang negara itu mendapat kadar pencen yang sewajarnya.

- Advertisement -

“Sungguh buat saya sebak. Sebak teringatkan pengorbanan arwah ibu bapa saya yang kedua-duanya merupakan tentera di negara kita ini.

“Bila seorang tentera darat berkahwin dengan sorang tentera laut, maka lahirlah kami enam beradik dan saya anak bongsunya.

“Selepas arwah mak jadi ibu tunggal, kehidupan kami sekeluarga cukup susah…Alhamdulillah, dengan hasil dari ATM inilah kami dibesarkan dan hasil didikan dari kedua ibu bapa kami takkan dilupakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Beliau yang menghadiri satu majlis kesyukuran bersama veteran tentera mengatakan ia amat menyentuh hatinya.

Sehubungan itu, beliau bertekad untuk membawa suara veteran tentera ke persidangan Dewan Rakyat.

Kata Khairil, veteran tentera juga boleh terus berkhidmat kepada negara meskipun telah bersara. – HARAKAHDAILY 4/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!