Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan lapan negeri sehingga 6 petang ini.

- Advertisement -

MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Kedah (Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang) dan Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang).

“Seterusnya, kawasan di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling) dan Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Selain itu, kawasan Sarawak di Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Matu dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang (Limbang),” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!