Petugas PN elak terpengaruh provokasi pihak lawan

- Advertisement -

GUA MUSANG: Timbalan Presiden PAS berharap petugas kempen Perikatan Nasional (PN) mengekalkan contoh yang terbaik sebagaimana pilihan raya lain sebelum ini.

- Advertisement -

Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, petugas kempen jangan mudah terpengaruh dengan provokasi pihak lawan sepanjang kempen PRK Nenggiri berlangsung sehingga hari pengundian 17 Ogos ini.

Katanya, setiap petugas hendaklah mengekalkan contoh terbaik sepanjang kempen berlangsung supaya ia berjalan dengan lancar.

“Kita akan bertemu setiap pengundi di DUN Nenggiri bagi memastikan mereka mengundi PN dengan lambang PAS.

“Pemimpin kanan Hamas al syahid Ismail Haniyeh menjadi lambang semangat kita untuk menyemarakkan perjuangan.

“Kita mohon kepada Allah Taala bagi memberi kemenangan kepada calon PN,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong PN selepas majlis pengumuman calon hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Bersatu Dato’ Ahmad Faizal Azumu, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau, Setiausaha Agung PAS Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Pengarah Operasi PRK Nenggiri Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Ahmad Faizal pula berharap semangat yang ditunjukkan penyokong PN pada hari ini dapat diteruskan sepanjang kempen PRK Nenggiri berlangsung.

Kata beliau calon PN insya-Allah akan berjaya mempertahankan DUN Nenggiri.

“Kita hendaklah bersatu hati dan mengelak persilihan faham bagi membolehkan kita meraihkan kejayaan.

“Kita perlu terus bekerja siang dan malam untuk memastikan Nenggiri dapat dipertahankan, di mana calon PN bertanding menggunakan logo PAS,” ujarnya.

Calon PN, Mohd Rizwadi Ismail agak sebak ketika memulakan ucapan dengan kehadiran kedua ibu bapanya sebagai penyokong perjuangan bagi mempertahankan Nenggiri.

“Terima kasih dan diharap bulan akan dikekalkan di Nenggiri,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/8/2024

- Advertisement -