GUA MUSANG: Cabutan nombor yang akan dipaparkan di kertas undi pada hari pengundian 17 Ogos ini, di mana calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail mendapat nombor satu, manakala calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani nombor dua.
Calon PN memakai mafla Palestin di bahu sebagai mempamerkan semangat membela nasib rakyat di Gaza yang menjadi mangsa keganasan Zionis Israel.
Mereka membuat cabutan nombor tersebut dengan disaksikan pegawai dan petugas SPR.
Sementara itu penyokong PN yang mengiringi Mohd Rizwadi melakukan flash mod dengan mengangkat bendera PN di laluan utama di Bandar Baru Gua Musang.
Mereka berada di kiri kanan jalan bagi mengajak pengguna jalan raya menyokong calon PN.
Malah ramai pemandu kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada petugas tersebut. Ada juga penumpang kenderaan melaung perkataan PN dari dalam kenderaan.
Tidak kurang juga yang mengangkat jari membuat tanda bagus kepada kumpulan penyokong PAS, Bersatu dan Gerakan yang berada di kiri kanan jalan.
Kenderaan yang melalui jalan tersebut turut melalui tempat berhimpun penyokong BN. – HARAKAHDAILY 3/8/2024
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!