GUA MUSANG: Calon Perikatan Nasional (PN) Rizwadi Ismail menyerah borang pencalonan pada jam 9.02 pagi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani jam 9.18 pagi. (Foto atas)
Pencadang bagi calon PN Mohd Sakri Hussin, manakala penyokong Mohd Sidek @ Mohd Saufi.
Kesemua calon tersebut menyerah borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Nenggiri, Nik Raisnan Daud.
Setakat ini hanya dua borang pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRK Nenggiri.
Sementara itu Kelantan TV membuat siaran langsung dari konti yang memaparkan secara langsung dari dewan tempat penamaan calon.
Siaran langsung itu dihoskan Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Mohd Zaki Mustapha.
Penganalisis politik Zaim Isryad pula sebagai tetamu bagi memperkatakan tentang senario PRK DUN Nenggiri.
Wartawan TV Kelantan di lokasi memberitahu cabutan nombor untuk dipaparkan di kertas undi pada hari pengundian nanti sedang berlangsung.
Pemimpin utama Bersatu yang kelihatan di Pusat Penamaan Calon termasuk Timbalan Presiden Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee dan Setiausaha Agung Bersatu Dato’ Seri Hamzah Zainuddin. – HARAKAHDAILY 3/8/2024