Calon PN berdepan BN pada PRK DUN Nenggiri

Mohd Rizwadi Ismail
- Advertisement -

GUA MUSANG: Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Nenggiri Nik Raisnan Daud mengumumkan dua calon masing-masing mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) layak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos ini.

- Advertisement -

Pengumuman itu dibuat pada jam 10.25 pagi di hadapan ribuan penyokong kedua-dua parti di Dewan Perdana Majlis Daerah Gua Musang.

Nik Raisnan berkata, pihaknya menerima kertas penamaan daripada dua orang calon bagi pemilihan ke DUN bagi kerusi Nenggiri.

Kata beliau mereka telah mengemukakan kertas penamaan sebagaimana berikut iaitu Mohd Rizwadi Ismail pada jam 9.02 pagi iaitu daripada PAS.

Manakala Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pula menyerah borang pencalonan pada jam 9.08 pagi.

“Saya telah menyemak semua kertas penamaan calon dan berpuas hati. Tiada calon yang ditolak dan dengan ini disahkan calon yang akan bertanding N.43 Nenggiri iaitu Mohd Rizwadi Ismail dari PAS dan Awi (BN),” katanya.

Pada 28 Jun lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 17 Ogos ini sebagai tarikh PRK DUN Nenggiri.

Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu. – HARAKAHDAILY 3/8/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -