Rokok: Indonesia naikkan had usia, sekat pengiklanan

Indonesia menuju ke arah siri perubahan kepada peraturan kesihatan bagi membendung tabiat yang membawa maut.
- Advertisement -

JAKARTA: Indonesia menaikkan had umur minimum untuk jualan rokok kepada indvidu 21 tahun ke bawah dan menyekat sebarang iklan di laman web, aplikasi dan platform media sosial.

- Advertisement -

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meninjau bahawa pada 2021 menunjukkan negara itu mempunyai 270 juta penduduk dan terdapat kira-kira 70 juta orang dewasa daripadanya perokok tegar.

Dalam pada itu juga, siri perubahan kepada peraturan kesihatan yang bertujuan untuk membendung tabiat maut di negara yang mempunyai antara kadar merokok tertinggi di dunia dan juga salah satu pengeluar tembakau terkemuka dunia.

Peraturan kerajaan yang ditandatangani Presiden Joko Widodo minggu lalu, beliau mensyaratkan usia minimum pembeli rokok kepada 21 tahun dan mengharamkan penjualan sebatang rokok sebagai alternatif murah yang biasa dijual kedai jalanan tempatan.

Selain itu juga, peruntukan itu mengharamkan penjualan rokok dalam lingkungan 200 meter dari sekolah dan taman permainan dan telah berkuat kuasa serta-merta.

Direkodkan pada 2023, hasil tinjauan Kementerian Kesihatan Indonesia berkata 7.4 peratus daripada 70 juta perokok di negara itu adalah antara usia 10 hingga 18 tahun dan 15 hingga 19 tahun adalah kumpulan usia yang paling ramai merokok.

Sehubungan dengan itu, sebarang pengiklanan rokok di semua platform media sosial adaah dilarang dan penaliti bagi pelanggaran terdiri daripada teguran bertulis kepada larangan sementara untuk mengiklankan rokok dan peruntukan terbaharu ini berkuatkuasa dalam masa dua tahun. – HARAKAHDAILY 2/8/2024