KUIZM pilihan PAS Wilayah sahut solidariti Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) memilih Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) bagi menyahut seruan solidariti Palestin.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, Kamisan Suja’ berkata, pemilihan tersebut berdasarkan keputusan daripada Badan Perhubungan PAS WP melalui Dewan Ulamak PAS WP dan Lajnah Penerangan PAS WP untuk mengadakan solat hajat dan pembacaan Qunut Nazilah. 

- Advertisement -

“Solidariti tersebut akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bermunajat. Solat ajat dan pembacaan Qunut Nazilah pula akan berlangsung selepas solat Isyak,”  katanya dalam satu kenyataan.

Solidariti untuk Palestin ini adalah susulan daripada kenyataan media bertarikh 31 Julai 2024 bersamaan 25 Muharram 1446 yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk menyatakan kebersamaan PAS dalam menentang kezaliman dan keganasan zionis Israel.

Selain itu, dunia telah dikejutkan dengan berita syahidnya tokoh perjuangan ini. Beliau yang dibunuh ketika menghadiri sesi mesyuarat bersama Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, dan Panglima Tertinggi Briged Seraya Al-Quds.

“Satu ceramah umum ‘Solidariti Palestin’ akan menyusul sebaik sahaja selesai program Solat Hajat dan Qunut Nazilah tersebut dan butiran mengenai ceramah umum tersebut akan dimaklumkan dan diedarkan sedikit masa lagi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak PAS WP meminta agar semua ahli PAS WP menyegerakan dan memanjangkan pemberitahuan ini bagi mendapatkan seramai mungkin yang hadir. – HARAKAHDAILY 1/8/2024